Notis Privasi SmartThings


Kali terakhir dikemas kini: 8 Disember 2020

Di Samsung Electronics Co., Ltd., kami tahu betapa pentingnya privasi kepada pelanggan kami. Kami merupakan pengawal data untuk SmartThings dan telah mewujudkan Notis Privasi ini untuk memastikan anda memahami bagaimana kami mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda.

Dasar Privasi kami juga terpakai kepada penggunaan SmartThings anda. Dasar Privasi kami mengandungi lebih banyak maklumat mengenai cara kami menggunakan data anda. Ia juga termasuk maklumat mengenai cara menghubungi kami. Sila baca Dasar Privasi kami sebagai tambahan kepada Notis Privasi ini. Walau bagaimanapun, Notis Privasi ini akan sentiasa mengatasi Dasar Privasi.





APAKAH MAKLUMAT YANG KAMI KUMPULKAN?

Melalui SmartThings, kami mengumpul dan mengekalkan maklumat mengenai anda dalam pelbagai cara.

Maklumat yang Anda Berikan Terus

• Maklumat Akaun anda: SmartThings akan mengumpul maklumat akaun anda yang penting untuk memulakan dan memberikan perkhidmatan SmartThings kepada anda. Ini akan termasuk maklumat seperti nama, ID Samsung account, alamat e-mel, alamat surat-menyurat dan nombor telefon, nama pengguna serta kata laluan anda. Maklumat akaun anda bukan sahaja termasuk maklumat yang anda masukkan dalam aplikasi SmartThings untuk mencipta Samsung account, tetapi juga maklumat akaun dalam aplikasi daripada rakan perkhidmatan pihak ketiga yang membenarkan anda mengakses SmartThings.

Maklumat Penggunaan SmartThings Anda

• Aplikasi, Perlengkapan dan Maklumat Penggunaan Peranti: kami akan mengumpul maklumat penggunaan anda yang dicipta sewaktu penggunaan aplikasi SmartThings anda, seperti log aplikasi, kumpulan, peraturan dan nama lokasi serta maklumat konfigurasi yang lain. Disebabkan SmartThings mungkin terdiri daripada beberapa set perkakasan rumah, sensor, hab SmartThings, lampu pintar, kamera pengawasan rumah dan peranti lain yang bersambung dengan SmartThings (“Peranti IoT Rumah”), SmartThings juga akan mengumpul maklumat penggunaan berkaitan dengan Peranti IoT Rumah anda seperti model, nama, nama kumpulan atau nama timangan serta nama lokasi Peranti IoT Rumah yang ditugaskan kepada peranti, maklumat sambungan rangkaian dan maklumat persekitaran rangkaian sekeliling, kod negara mudah alih, operator rangkaian mudah alih, versi OS, alamat IP dan IMEI, sensor dan data konfigurasi, ralat dan log malfungsi, pengenal pasti peranti (cthnya ICCID) dan nama peranti serta pengautomatan. Tujuan utama pemprosesan maklumat sebegitu adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta. Misalnya, apabila anda menggunakan sensor gerakan, SmartThings akan mengumpul maklumat yang dikesan oleh sensor, seperti log yang menandakan gerakan seseorang yang tinggal di rumah anda, bahawa lampu telah dihidupkan atau dimatikan secara automatik atau untuk memberitahu anda jika sebarang orang tidak dikenali menceroboh rumah anda. SmartThings juga akan mengumpul maklumat penggunaan/tetapan perkakasan rumah anda yang bersambung dengan SmartThings, jika anda menghidupkan ciri-ciri ini. Misalnya, maklumat suhu di dalam peti ais anda, maklumat masa yang menunjukkan kepada anda berapa lama anda telah menggunakan penghawa dingin dan maklumat lain tentang fungsi yang dipilih akan dikumpul, bukan sahaja untuk memaparkan status peranti/perkakasan melalui aplikasi mudah alih anda, tetapi juga untuk memahami penggunaan Peranti IoT Rumah anda agar kami boleh terus meningkatkan perkhidmatan SmartThings. Selain daripada data peribadi sebelumnya, dan hanya sekiranya anda memerlukan bantuan teknikal khusus dalam penggunaan aplikasi SmartThings atau Peranti IoT Rumah, kami akan mengumpulkan log ranap anda yang merupakan fail dengan senarai ralat teknikal peranti anda. Log ranap hanya akan digunakan untuk memberikan anda bantuan teknikal yang diperlukan dan untuk meningkatkan aplikasi SmartThings dan Peranti IoT Rumah.
• Klip Video dan Audio Dirakam oleh Kamera Pengawasan Rumah: Jika anda menyambungkan peranti rakaman video atau audio kepada SmartThings, SmartThings akan mengumpulkan klip video atau audio yang direkod oleh peranti tersebut, berdasarkan pilihan anda untuk memberikan perkhidmatan yang anda minta dalam aplikasi SmartThings.
• Imej, klip video: Jika anda memilih untuk berkongsi imej atau klip video anda (tidak dirakamkan oleh Kamera Pemantauan Rumah) yang disimpan pada peranti anda dengan pengguna atau peranti SmartThings yang lain, SmartThings akan mengumpulkan imej dan klip video tersebut.
• Maklumat Suara: Jika anda menyambungkan Bixby kepada SmartThings, maklumat tentang perbualan anda dengan Bixby, termasuk perintah suara, akan dikumpul untuk memberikan anda maklum balas yang lebih baik dan untuk meningkatkan kualiti Bixby.
• Maklumat Lokasi: Jika anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan data lokasi, data geolokasi anda dikumpul untuk memberikan ciri pengautomatan canggih, misalnya pemberitahuan Matahari Terbit/Terbenam, dan untuk mengejutkan peranti IoT Rumah anda secara automatik apabila anda sampai di rumah. Jika anda mahu berhenti memproses maklumat lokasi anda, anda boleh mematikan “Gunakan maklumat lokasi” dalam tetapan SmartThings.
• Maklumat TV Pintar: Jika anda menyambungkan TV Pintar Samsung kepada SmartThings, maklumat tentang kandungan TV Pintar yang anda beli, termasuk baucar atau nombor kad hadiah serta maklumat yang membenarkan anda menetapkan peringatan dan pemberitahuan kalendar pada TV Pintar anda, akan dikumpul.
Kami juga akan mengumpul maklumat tentang TV Pintar anda dan peranti lain yang anda tambah dan sambungkan dengan aplikasi SmartThings dan Hab SmartThings, serta penggunaan peranti anda dengan cara yang akan kami jelaskan kepada anda pada waktu pengumpulan atau sebaliknya, dengan persetujuan berasingan anda.

Kami tidak mengumpul sebarang data peribadi sensitif daripada anda dengan sengaja. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa kami tidak dapat menjamin bahawa maklumat sensitif tidak dikongsi secara tidak sengaja dengan kami semasa anda menggunakan aplikasi SmartThings dan Peranti IoT Rumah. Jika anda menyerahkan maklumat kepada SmartThings yang bersifat sensitif, maklumat tersebut juga akan dikumpulkan dan diproses bagi tujuan yang dinyatakan di bawah.





BAGAIMANAKAH KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT ANDA?

• untuk membolehkan anda mengawal Peranti IoT Rumah anda dalam aplikasi SmartThings;
• untuk memberikan perkhidmatan atau ciri yang anda minta dalam aplikasi SmartThings;
• untuk bertindak balas terhadap permintaan dan soalan anda, dan untuk berkomunikasi dengan anda tentang SmartThings;
• untuk menyediakan bantuan apabila anda meminta sokongan teknikal untuk aplikasi SmartThings atau Peranti IoT Rumah dan perkhidmatan penyelenggaraan yang lain;
• untuk memberikan anda perkhidmatan penyelenggaraan jarak jauh untuk ralat berkaitan dengan Peranti IoT Rumah yang bersambung dengan SmartThings, jika anda menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan;
• untuk memautkan maklumat akaun anda atau sebaliknya berinteraksi dengan aplikasi terpilih, peranti, ciri dan perkhidmatan rakan perkhidmatan pihak ketiga;
• untuk mengendalikan, menilai dan memperbaiki perniagaan kami (termasuk membangunkan produk dan perkhidmatan baharu; meningkatkan dan memperbaiki produk, perkhidmatan kami dan SmartThings; menganalisis produk dan perkhidmatan kami, perkhidmatan dan dan pangkalan pelanggan dan perkhidmatan kami; melakukan agregat dan awanama data serta melakukan analisis data; dan menjalankan fungsi perakaunan, pengauditan dan fungsi dalaman lain);
• untuk memberikan cadangan tersuai berkaitan dengan Peranti IoT Rumah dan perkhidmatan atau ciri lain yang berguna;
• jika anda menghidupkan Perkhidmatan Penyesuaian dalam akaun Samsung anda, untuk menggunakan data terkumpul melalui aplikasi SmartThings bagi tujuan di sini. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Perkhidmatan Penyesuaian kami dengan melayari di sini;
• jika anda mempunyai TV Pintar Samsung, untuk (i) membolehkan anda membeli kandungan digital TV Pintar, (ii) menyediakan sejarah kandungan digital TV Pintar yang dibeli, (ii) membenarkan anda menetapkan peringatan untuk kandungan digital TV Pintar, dan (iv) membolehkan anda untuk menerima pemberitahuan kalendar pada TV Pintar Samsung anda;
• di mana anda telah bersetuju secara berasingan untuk menerima komunikasi pemasaran daripada kami, kami mungkin menggabungkan maklumat tentang peranti anda dan Peranti IOT Rumah yang anda sambungkan ke SmartThings dengan data yang kami kumpulkan tentang anda daripada sumber lain, khususnya Samsung Account anda, untuk menyediakan pemasaran yang lebih relevan kepada anda;
• untuk mematuhi peraturan dan undang-undang; serta
• untuk melindungi hak, harta benda dan/atau keselamatan Samsung Electronics atau mana-mana sekutu, rakan niaga dan/atau pelanggan kami.





PERKONGSIAN MAKLUMAT

Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan (1) subsidiari dan sekutu kami dan (2) pembekal perkhidmatan kami yang melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami. Kami tidak memberi kebenaran kepada pembekal perkhidmatan kami untuk menyimpan, menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi anda kecuali diperlukan untuk melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami atau mematuhi keperluan undang-undang. Selain itu, kami mungkin akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pembawa wayarles, serta pihak ketiga yang mengendalikan peranti, aplikasi dan perkhidmatan yang anda sambungkan kepada SmartThings. Jika anda mencipta SmartThings Location Group, maklumat peribadi tertentu yang anda kongsi dengan SmartThings, termasuk data geolokasi anda, mungkin akan dikongsi dengan ahli Location Group anda.

Kami juga boleh mendedahkan maklumat peribadi mengenai anda (1) jika kami diminta untuk berbuat demikian menurut undang-undang atau proses undang-undang (seperti perintah mahkamah atau sepina); (2) sebagai tindak balas kepada permintaan agensi kerajaan, seperti pihak penguatkuasa undang-undang; (3) untuk mewujudkan, menjalankan atau mempertahankan hak undang-undang kami; (4) apabila kami yakin pendedahan diperlukan atau wajar untuk mencegah kerugian fizikal atau kerugian lain atau kerugian kewangan; (5) sehubungan dengan penyiasatan atas kegiatan yang disyaki atau aktiviti menyalahi undang-undang yang sebenar; atau (6) sebaliknya dengan persetujuan anda. Selain itu, kami mungkin akan berkongsi maklumat peribadi yang kami kumpulkan melalui SmartThings atas permintaan anda.

Kami berhak untuk memindahkan sebarang maklumat peribadi yang kami ada mengenai anda sekiranya kami menjual atau memindahkan (atau mempertimbangkan penjualan atau pemindahan) semua atau sebahagian perniagaan atau aset kami (termasuk sekiranya penggabungan, pengambilalihan, usaha sama, penyusunan semula, pelupusan, pembubaran atau pemansuhan).





KEMAS KINI UNTUK NOTIS PRIVASI INI

Notis Privasi ini boleh dikemas kini untuk memberitahu anda tentang perubahan dalam cara kami mengumpul dan memproses maklumat anda dalam SmartThings atau perubahan dalam undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Tarikh pengemaskinian dokumen terakhir ditunjukkan di bahagian atas Notis Privasi ini.

Versi terakhir