Samsung SmartThings: Notis Privasi
Tarikh Berkuat Kuasa: 26 Februari 2018
Kami di Samsung Electronics Co., Ltd. (¡°Samsung¡±) menghormati kebimbangan anda tentang privasi. Notis Privasi ini berkenaan untuk maklumat peribadi yang kami kumpulkan melalui produk dan perkhidmatan Samsung SmartThings (sebelum ini dikenali sebagai Samsung Connect), yang termasuk palam masuk, peranti dan perisian IoT (secara kolektif, ¡°Samsung SmartThings¡±). Notis ini tidak berkenaan untuk maklumat yang dikumpulkan oleh perkhidmatan, aplikasi atau tapak web lain yang disediakan oleh Samsung atau entiti sekutunya.
Dalam Notis Privasi ini, kami menerangkan jenis maklumat yang dikumpulkan melalui Samsung SmartThings, cara kami mungkin menggunakan maklumat tersebut, dengan siapa kami mungkin berkongsi maklumat tersebut dan pilihan yang ada kepada anda mengenai penggunaan kami bagi maklumat tersebut. Kami juga menerangkan langkah yang kami ambil untuk melindungi maklumat tersebut dan memberitahu anda cara untuk menghubungi kami tentang amalan privasi kami.
Klik pada salah satu pautan di bawah untuk terus menuju ke bahagian yang disenaraikan:
¡¤ Cara Kami Menggunakan Maklumat yang Kami Peroleh
¡¤ Pautan kepada Peranti, Aplikasi dan Ciri Lain
¡¤ Pilihan Anda
¡¤ Cara Kami Melindungi Maklumat Peribadi
¡¤ Maklumat Peribadi Kanak-kanak
¡¤ Kemas kini kepada Notis Privasi Ini
¡¤ Cara untuk Menghubungi Kami
Melalui Samsung SmartThings, kami mungkin memperoleh maklumat tentang diri anda dengan pelbagai cara. Jenis maklumat peribadi yang kami mungkin peroleh termasuk:
¡¤ maklumat hubungan, seperti nama, alamat e-mel, alamat surat-menyurat dan nombor telefon;
¡¤ ID Samsung account;
¡¤ nama pengguna dan kata laluan bagi peranti, aplikasi, ciri atau perkhidmatan pihak ketiga yang mengambil bahagian;
¡¤ geolokasi peranti anda secara tepat jika anda mengizinkan pengumpulan data ini;
¡¤ untuk pengguna yang menyambungkan peranti rakaman video atau audio kepada Samsung SmartThings (cth., kamera video), kandungan rakaman video atau audio seumpama itu;
¡¤ untuk pengguna yang menyambungkan pembantu suara Samsung Bixby kepada Samsung SmartThings, kandungan audio diperoleh melalui Bixby;
¡¤ untuk pengguna yang menyambungkan Samsung Smart TV kepada Samsung SmartThings, maklumat tentang kandungan Smart TV yang dibeli oleh pengguna tersebut, kalendar digital pengguna daripada Samsung atau pihak ketiga dan kupon pengguna atau nombor kad hadiah;
¡¤ untuk peranti/alat yang disambungkan kepada Samsung SmartThings, maklumat peranti/alat seperti model, nama, nama kumpulan peranti/alat dan nama lokasi yang diberikan kepada peranti/alat itu; aturan; data sensor dan konfigurasi; log ralat dan malfungsi; maklumat penggunaan; kod negara mudah alih; pengendali rangkaian mudah alih; versi OS; alamat IP; IMEI atau pengecam peranti/alat lain; dan Nama Automasi peranti/alat dan maklumat Konfigurasi.
Kami juga mungkin akan mengumpulkan maklumat lain tentang diri anda, peranti/alat dan aplikasi anda serta penggunaan anda bagi Samsung SmartThings dengan cara yang kami terangkan kepada anda pada waktu pengumpulan atau dengan persetujuan anda.
Cara Kami Menggunakan Maklumat yang Kami Peroleh
Kami mungkin akan menggunakan maklumat yang kami peroleh melalui Samsung SmartThings:
¡¤ untuk menyediakan perkhidmatan Samsung SmartThings;
¡¤ untuk memautkan Samsung account anda kepada peranti, aplikasi, ciri atau perkhidmatan pihak ketiga yang disambungkan;
¡¤ untuk pengguna Samsung Smart TV, bagi (i) membolehkan pengguna untuk membeli kandungan digital Smart TV, (ii) menyediakan sejarah pembelian kandungan digital Smart TV, (iii) membolehkan pengguna untuk menetapkan peringatan bagi kandungan digital Smart TV dan (iv) membolehkan pengguna untuk menerima pemberitahuan kalendar pada Samsung Smart TV;
¡¤ untuk pengguna yang membolehkan Perkhidmatan Penyesuaian Samsung, data yang dikumpulkan melalui Samsung SmartThings akan digunakan bagi tujuan yang diterangkan dalam Notis Privasi Perkhidmatan Penyesuaian Samsung;
¡¤ untuk memberi respons kepada permintaan dan pertanyaan anda;
¡¤ untuk berkomunikasi dengan anda tentang Samsung SmartThings;
¡¤ untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan dari jauh bagi ralat atau malfungsi yang dikaitkan dengan perkakas rumah Samsung yang disambungkan ke Samsung SmartThings;
¡¤ untuk menyediakan pemberitahuan, kandungan, peringatan, tawaran, promosi, maklumat pemasaran, komunikasi dan iklan kepada anda berhubung dengan produk dan perkhidmatan Samsung;
¡¤ untuk mengendalikan, menilai dan memperbaiki perniagaan kami (termasuk pembangunan produk dan perkhidmatan baharu; meningkatkan dan memperbaiki produk dan perkhidmatan kami dan Samsung SmartThings; mengurus komunikasi kami; menganalisis produk dan perkhidmatan kami, pangkalan pengguna dan Samsung SmartThings; mengagregatkan dan menghilangkan nama pada data serta menjalankan analitis data; dan menjalankan fungsi perakaunan, pengauditan dan fungsi dalaman lain);
¡¤ untuk melindungi daripada, mengenal pasti dan mencegah penipuan serta aktiviti jenayah lain, tuntutan serta liabiliti lain; dan
¡¤ untuk mematuhi dan menguatkuasakan keperluan undang-undang yang berkenaan, standard industri yang berkaitan dan dasar kami, termasuk Notis Privasi ini, Dasar Privasi Samsung account dan Terma Perkhidmatan Samsung SmartThings.
Melalui Samsung SmartThings, kami mungkin akan mengumpulkan maklumat peribadi tentang aktiviti dalam talian anda pada peranti yang disambungkan dari semasa ke semasa dan merentas peranti dan aplikasi pihak ketiga serta ciri dan perkhidmatan dalam talian yang lain.
Kami mungkin akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan subsidiari serta sekutu kami dan pembekal perkhidmatan yang menjalankan perkhidmatan untuk kami. Kami tidak membenarkan pembekal perkhidmatan kami untuk menggunakan atau mendedahkan maklumat tersebut kecuali diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami atau mematuhi keperluan undang-undang. Selain itu, kami mungkin akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pembawa wayarles, serta pihak ketiga yang mengendalikan aplikasi dan perkhidmatan yang anda sambungkan dengan Samsung SmartThings. Jika anda mencipta Kumpulan Lokasi Samsung SmartThings, maklumat peribadi tertentu yang anda kongsi dengan Samsung SmartThings, termasuk data geolokasi anda, mungkin akan dikongsi dengan ahli Kumpulan Lokasi anda.
Selain itu, kami mungkin akan berkongsi maklumat peribadi yang kami kumpulkan melalui Samsung SmartThings atas permintaan anda. Samsung, subsidiari dan sekutu kami, serta pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami juga mungkin akan mendedahkan maklumat mengenai anda (1) jika kami diperlukan berbuat demikian oleh undang-undang atau proses undang-undang (seperti perintah mahkamah atau sepina); (2) sebagai respons kepada permintaan agensi kerajaan, seperti pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang; (3) untuk menetapkan, menggunakan atau mempertahankan hak undang-undang kami; (4) apabila kami mempercayai bahawa pendedahan diperlukan atau wajar untuk mencegah kemudaratan fizikal atau kemudaratan lain atau kerugian kewangan; (5) berhubung dengan penyiasatan aktiviti haram yang disyaki atau sebenar; (6) sekiranya penjualan yang berpotensi atau sebenar atau pemindahan semua atau sebahagian daripada perniagaan atau aset kami (termasuk sekiranya berlaku penggabungan, pemerolehan, usaha sama, penyusunan semula, penyahlaburan, pembubaran atau penyelesaian); atau (7) dengan persetujuan anda.
Pautan kepada Peranti, Aplikasi dan Ciri Lain
Samsung SmartThings mungkin akan menyediakan keupayaan untuk menyambung ke peranti, aplikasi dan ciri lain. Peranti, aplikasi dan ciri ini mungkin beroperasi secara bebas daripada kami dan mungkin mempunyai notis atau dasar privasi masing-masing, yang anda disarankan untuk semak. Untuk mana-mana peranti, aplikasi atau ciri dipaut yang bukan milik kami atau bukan dalam kawalan kami, kami tidak akan bertanggungjawab bagi kandungan, sebarang penggunaan peranti, aplikasi atau ciri atau amalan privasi pengendali peranti, aplikasi atau ciri tersebut.
Pengekalan Data
Kami mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan maklumat tentang diri anda hanya tersedia selagi diperlukan bagi tujuan pemprosesan maklumat tersebut atau lebih lama jika diperlukan di bawah sebarang kontrak, mengikut undang-undang yang diterima pakai atau bagi tujuan statistik, tertakluk pada langkah keselamatan yang wajar.
Kami menawarkan kepada anda pilihan tertentu berhubung dengan maklumat peribadi yang kami peroleh tentang anda. Untuk mengemas kini keutamaan anda, mengehadkan komunikasi yang anda terima daripada kami atau menyerahkan permintaan, sila hubungi kami seperti yang dinyatakan dalam bahagian Cara untuk Menghubungi Kami pada Notis Privasi ini.
Sila lawati aturan pada Samsung account anda bagi pilihan yang mungkin tersedia kepada anda berhubung dengan penggunaan anda bagi Samsung SmartThings. Samsung account anda menawarkan pilihan yang berkaitan dengan perkongsian maklumat tertentu dengan Samsung SmartThings dan menerima maklumat dan komunikasi pemasaran tertentu tentang produk, perkhidmatan dan promosi daripada Samsung. Anda juga boleh mengemas kini maklumat peribadi yang anda kongsi dengan Samsung SmartThings melalui aturan Samsung SmartThings, termasuk nama, alamat e-mel, kata laluan atau nombor PIN anda, profil pengguna, Nama Automasi dan maklumat Konfigurasi peranti/alat, maklumat lokasi, kumpulan dan peranti.
Jika anda telah mendayakan Perkhidmatan Penyesuaian pada peranti anda, anda boleh pada bila-bila masa menyahdayakan Perkhidmatan Penyesuaian tersebut melalui aturan pada Samsung account anda. Jika anda berbuat demikian, Perkhidmatan Penyesuaian tidak akan menggunakan maklumat anda untuk menghantar kandungan dan maklumat tersuai kepada anda. Selain itu, jika anda menyahdayakan ciri ¡°Pengiklanan dan Pemasaran Langsung Tersuai¡± Perkhidmatan Penyesuaian, maklumat yang dikumpulkan dan dianalisis oleh Perkhidmatan Penyesuaian tidak lagi boleh digunakan untuk menyediakan pengiklanan yang disasarkan kepada anda. Harap maklum bahawa jika anda enggan membenarkan Samsung SmartThings untuk mengumpulkan atau berkongsi maklumat tertentu, anda mungkin tidak dapat menggunakan semua ciri yang tersedia melalui Samsung SmartThings.
Cara Kami Melindungi Maklumat Peribadi
Kami mengekalkan perlindungan pentadbiran, teknikal dan fizikal yang direka untuk melindungi maklumat peribadi yang kami peroleh melalui Samsung SmartThings daripada dimusnahkan, hilang, diubah suai, diakses, didedah atau digunakan secara tidak sengaja, menyalahi undang-undang atau tanpa kebenaran.
Samsung SmartThings direka untuk khalayak umum dan tidak ditujukan kepada kanak-kanak. Samsung SmartThings tidak mengumpulkan atau meminta maklumat peribadi anda secara sedar daripada kanak-kanak yang berusia di bawah 13 tahun. Jika kami mengetahui bahawa kami telah mengumpulkan maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah usia 13 tahun, kami akan memadam maklumat tersebut dengan segera. Jika anda mempercayai bahawa seorang kanak-kanak di bawah usia 13 tahun mungkin telah memberikan maklumat peribadi kepada kami, sila hubungi kami seperti yang dinyatakan dalam bahagian Cara untuk Menghubungi Kami pada Notis Privasi ini.
Kemas kini kepada Notis Privasi Ini
Notis Privasi ini mungkin akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan tanpa notis awal kepada anda untuk mencerminkan perubahan pada amalan maklumat peribadi kami berhubung dengan Samsung SmartThings. Kami akan menyiarkan notis pada aplikasi Samsung SmartThings untuk memaklumkan kepada anda tentang perubahan penting pada Notis Privasi ini dan menunjukkan tarikh akhir notis tersebut dikemas kini di bahagian atas Notis ini.
Cara untuk Menghubungi Kami
Untuk mengemas kini keutamaan anda, mengemas kini atau membetulkan maklumat anda, menyerahkan permintaan atau mengajukan soalan kepada kami tentang Notis Privasi ini, sila hubungi kami secara dalam talian.