Notis Privasi SmartThings

Tarikh Berkuat Kuasa: 14 Mac 2024

Samsung Electronics Co., Ltd. (“Samsung”), kami tahu betapa pentingnya privasi kepada pelanggan kami. Kami mewujudkan Notis Privasi ini untuk memastikan anda memahami bagaimana kami mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda.

Dasar Privasi kami di https://account.samsung.com/membership/terms/privacypolicy juga terpakai untuk penggunaan SmartThings anda. Dasar Privasi kami mengandungi lebih banyak maklumat tentang cara kami menggunakan data anda. Ini juga termasuk maklumat tentang hak anda dan cara untuk menghubungi kami. Sila baca Dasar Privasi kami sebagai tambahan kepada Notis Privasi ini. Bagaimanapun, Notis Privasi ini akan selalu mendahului Dasar Privasi berhubung dengan cara kami menggunakan maklumat anda untuk SmartThings.

APAKAH MAKLUMAT YANG KAMI KUMPUL?

Melalui SmartThings, Samsung memperoleh dan mengekalkan maklumat tentang anda dalam pelbagai cara.

Maklumat yang Anda Berikan Secara Terus

Maklumat Penggunaan SmartThings Anda

Selain maklumat yang anda berikan, kami akan mengumpulkan maklumat tentang penggunaan SmartThings kami oleh anda melalui perisian pada peranti anda serta dengan kaedah lain. Kami akan mengumpulkan:

Kami juga akan mengumpul maklumat tentang TV Pintar anda dan peranti lain yang anda tambah dan sambungkan dengan aplikasi SmartThings dan Hab SmartThings, serta penggunaan peranti anda dengan cara yang akan kami jelaskan kepada anda pada waktu pengumpulan atau sebaliknya, dengan persetujuan berasingan anda.

Kami tidak mengumpul sebarang data peribadi sensitif daripada anda dengan sengaja. Bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa kami tidak dapat menjamin bahawa maklumat sensitif tidak dikongsi secara tidak sengaja dengan kami semasa anda menggunakan aplikasi SmartThings dan Peranti IoT Rumah, seperti kandungan rakaman audio atau video anda semasa anda menyambungkan peranti rakaman audio atau video ke SmartThings. Sekiranya anda menyerahkan maklumat sensitif kepada SmartThings, itu juga akan dikumpulkan dan diproses untuk tujuan yang disenaraikan di bawah, namun kami tidak akan menggunakan data tersebut untuk pemasaran, untuk memberikan cadangan yang disesuaikan, atau untuk peningkatan perkhidmatan kami.

Kami juga mungkin akan mengumpulkan maklumat lain tentang diri anda, peranti dan aplikasi anda serta penggunaan SmartThingsoleh anda dengan cara yang kami terangkan kepada anda pada waktu pengumpulan atau sebaliknya dengan persetujuan anda.

BAGAIMANAKAH KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT ANDA?

Kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan untuk tujuan yang berikut:

untuk melindungi hak, harta benda dan/atau keselamatan Samsung Electronics atau mana-mana sekutu, rakan niaga dan/atau pelanggan kami.

DENGAN SIAPAKAH KAMI BERKONGSI MAKLUMAT ANDA?

Kami akan mendedahkan maklumat anda secara dalaman dalam perniagaan kami dan kepada entiti berikut, tetapi hanya untuk tujuan yang dinyatakan di atas.

BERAPA LAMAKAH KAMI MENGEKALKAN MAKLUMAT ANDA DAN KE MANAKAH MAKLUMAT ITU DISALURKAN?

Tempoh data anda akan dikekalkan bergantung pada asas undang-undang yang digunakan untuk memproses data anda. Sebagai contoh, data yang kami proses untuk melaksanakan kontrak kami dengan anda memerlukan kami untuk menyimpan data sepanjang tempoh anda menggunakan SmartThings. Selagi anda seorang pengguna aktif SmartThings, kami akan mengekalkan dan memproses data ini. Data seperti maklumat akaun anda, maklumat peranti dan pengecam termasuk dalam kategori ini.

Data yang kami proses untuk mempromosikan kepentingan perniagaan kami, seperti penggunaan SmartThings oleh anda, hanya disimpan selama yang diperlukan untuk tujuan pengumpulan data tersebut. Sebagai contoh, data ini mungkin dikumpul untuk melakukan analitis supaya kami boleh membangunkan penambahbaikan kepada SmartThings atau kami mungkin memproses data untuk menyimpan rekod pertanyaan yang anda buat melalui atau tentang SmartThings untuk meningkatkan pengalaman perkhidmatan pelanggan anda.

Selain itu, kami juga mungkin memproses data anda berdasarkan izin anda. Jika anda menarik balik izin anda, kami akan berhenti memproses data anda yang bergantung pada izin anda, tetapi perkara tersebut tidak akan memberi kesan kepada pemprosesan data yang dikumpulkan sebelum penarikan balik persetujuan anda sehingga tujuan pengumpulan data tersebut tercapai.

Harap maklum bahawa walaupun kami berhasrat untuk mengekalkan data anda untuk tempoh masa yang diterangkan di atas, data anda mungkin diproses lebih lama, menurut undang-undang yang diguna pakai. Contohnya, jika statut tertentu memberikan mandat bahawa kami mengekalkan data tertentu, kami akan mematuhi dan mengekalkan data tersebut sehingga tempoh pengekalan yang diperlukan tamat tempoh.

Selagi data anda dikekalkan oleh kami, data anda akan sentiasa tertakluk kepada perlindungan yang sewajarnya.

PEMINDAHAN DATA ANTARABANGSA

Penggunaan SmartThings oleh anda akan melibatkan pemindahan, storan dan pemprosesan maklumat peribadi anda ke dan di negara lain; negara tersebut termasuk, tanpa pengehadan, negara di Kawasan Ekonomi Eropah, Republik Korea, Amerika Syarikat, Kanada, India dan Filipina. Semua pemindahan data antarabangsa tertakluk kepada keperluan undang-undang untuk memastikan maklumat peribadi anda diproses dengan selamat dan seperti yang anda jangkakan.

KEMAS KINI UNTUK NOTIS PRIVASI INI

Notis Privasi ini boleh dikemas kini untuk memberitahu anda tentang perubahan dalam cara kami mengumpul dan memproses maklumat anda dalam SmartThings atau perubahan dalam undang-undang yang berkenaan. Tarikh pengemaskinian dokumen terakhir ditunjukkan di bahagian atas Notis Privasi ini.

Versi: 1.8.0

Versi Terakhir